Tuesday, January 25, 2011

PENGALAMAN MENGHAMPIRI MAUT

Ajal maut di tangan tuhan. Selagi ajal belum sampai, kalau tak mati, tak mati jugalah. Aku fikir ada juga diantara kita mempunyai pengalaman yang boleh dikatakan pengalaman menghampiri maut. Tak kiralah samaada hampir mati kerana kemalangan ngeri, kerana pergaduhan, kerana lemas di laut atau pelbagai lagi.

Pengalaman aku ni, berlaku semasa aku bersekolah rendah. Aku fikir sehingga kini emak bapa aku tak tahu hal ni. Apa yang aku nak ceritakan ni ialah tentang aku hampir lemas di laut.





Nak diceritakan aku ni memang suka memancing sejak kecil lagi. Kat kampung aku ada sebuah jeti lama yang tidak digunakan. Aku dan sedara mara memang suka memancing di hujung jeti tersebut. Apabila dapat ikan, kitorang memang suka ambil air di hujung jeti lalu dimasukan ke dalam tin untuk melihat ikan yang ditangkap terus hidup dalam takungan tin tersebut.

Nak dijadikan cerita, semasa aku nak ambil air laut ke dalam tin, aku terus mengelongsor ke dalam laut kerana permukaan batu di hujung jeti tersebut licin. Aku bukannya pandai berenang, seluruh tubuh memang dah tenggelam dan hanya tangan terkapai-kapai.

Dengan kuasa Allah, setelah kaki hampir jejak ke dasar laut, aku terpijak seketul batu besar lalu terus melonjak ke permukaan air. Setibanya dipermukaan air, dengan pantas seorang sedara aku menarik tangan aku dan mengangkat aku ke atas jeti.

Syukur alhamdulillah aku masih hidup sehingga kini. Kalau tidak, mungkin seawal usia budak-budak aku sudah tiada di muka bumi ini. Inilah pengalaman yang memang sukar untuk dilupakan. Kalau memancing di kawasan itu, aku masih teringat dan terbayangkan kejadian tersebut.

5 comments:

  1. paling seram bab lemas sebab ieda tak pandai berenang!

    ReplyDelete
  2. IEDA : YANG DAH MELALUINYA LAGILAH SERAM..

    ReplyDelete
  3. aku pernah gak bro lemas. sungai tu cetek jer. tapi sebab tak pandai berenang, kategori lemas gak la, mandi dengan kawan2, aku memang lemas. tangan dah terkapai2 dah..tapi...............
    member aku ingat aku sajer buat2!!mak ai...dah begelen air masuk dalam mulut aku weiiii....

    ReplyDelete
  4. AMRY : PERRGHH.. NASIB BAIK TAK LEMAS.. KALAU TAK, TAK JUMPA LA KO DALAM BLOG NI.. :p

    ReplyDelete
  5. lebih kurang sama je macam saya,waktu masih d sekolah rendah juga...tak siap yang tahu hingga kini...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...