Saturday, January 1, 2011

KITA TETAP BERDIAM WALAUPUN DIHINA

Dewasa ini negara kita Malaysia kerap dihina oleh negara jiran, Indonesia dengan pelbagai provokasi yang disebabkan aspek kebudayaan, kesenian malahan dalam bidang sukan.





Sudah pedih telinga mendengar, membaca dan mata memandang perihal penghinaan rakyat Indonesia ke atas Malaysia dengan perkataan seperti "Malingsia", "Malaysial", "Ganyang Malaysia" serta aksi-aksi rakyat Indonesia menghina lagu Negaraku dan membakar Jalur Gemilang. Apakah tindakan kita?

Adakah kedutaan kita sudah menghantar surat bantahan kepada negara Indonesia terhadap segala penghinaan yang dimainkan ini? Sampai bila kita mahu melihat kita dihina dengan sehina-hinanya? Jalur Gemilang dan lagu Negaraku merupakan lambang kedaulatan negara kita, maruah bangsa Malaysia, tetapi mengapa kita kerap berlembut dan mendiamkan diri apabila kita dihina sedemikian rupa?

Rangkaian stesyen televisyen negara kita juga seakan buta. Baik stesyen kerajaan mahupun swasta yang tetap memainkan drama-drama mahupun filem dari negara Indonesia. Kita hanya pandai "membaguskan" drama-drama dan filem dari Indonesia namun sebaliknya mereka menghina Malaysia dengan pelbagai cara.

Memang tidak dinafikan bahawa bukan semua rakyat Indonesia yang bersikap menghina Malaysia, tetapi sekiranya perlakuan seperti ini tidak ditangani dengan sempurna, ia akan merebak ke segenap rakyat Indonesia sehingga mendatangkan persepsi buruk terhadap Malaysia.

Aku bukannya anti Indonesia, tetapi aku tak suka melihat Indonesia menghina Malaysia sewenang-wenangnya tanpa ada apa-apa tindakan daripada kerajaan Malaysia. Diharap kerajaan kita dapat menyelesaikan isu-isu ini dengan bertindak dengan bijak seperti menarik rambut dalam tepung agar rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

6 comments:

  1. saya adalah orang Indonesia dan jujur saja saya tidak pernah menghina Malaysia..
    saya juga tidak suka melihat orang Indonesia menghina Malaysia.
    menurut saya, permasalahan dimulai dari media yang terlalu memperbesar masalah.
    semoga permasalahan dan benci antara Malaysia dan Indonesia bisa selesai dengan baik :)

    ReplyDelete
  2. Rakyat Indonesia : Saya pun ngak mahu persahabatan 2 serumpun ini saling bergaduh. Memang benar, media banyak membuat masalah. Media seharusnya memainkan peranan penting bagi menjaga keharmonian kedua-dua negara. Saya pun sudah 2 kali ke Indonesia, Alhamdulillah, tiada apa-apa yang diganggu.

    ReplyDelete
  3. dari media yang terlalu memperbesar masalah.. sayangnya orang-orang Indonesia menerima berita itu mentah-mentah tanpa mencari sumber-sumber yang lain... padahal banyak fakta yang ditutupi.
    saya hanya bisa berharap masalah cepat selesai.. tidak enak rasanya melihat saudara serumpun saling benci

    ReplyDelete
  4. Rakyat Indonesia : Samalah kita doakan kesejahteraan bersama.

    ReplyDelete
  5. tak de masalah pun cuma segelintir sahaja rakyat di indonesia (dibayar?) dan media sengaja provok supaya jd beban pada pemerintah. isu ni sebenarnya isu politik dalaman... mainan pembangkang je. pmbangkang di Indonesia dan Malaysia sememangnya satu aliran dan bersahabat baik. kita jangan diperbodohkan oleh mainan politik mereka. klik http://wadahpanglima.blogspot.com/2010/12/malaysia-dan-indonesia-sahabat-buat.html

    ReplyDelete
  6. PANGLIMA : ENTAHLAH BRO.. MUNGKIN JUGA ADA KEBENARAN DISEBALIK PANDANGAN ANDA.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...