Thursday, January 13, 2011

KEMBALIKAN SEKOLAH ALIRAN VOKASIONAL

Sekolah merupakan institusi pembelajaran bagi kanak-kanak di peringkat rendah dan menengah. Kalau dahulunya di sekolah menengah ada aliran vokasional, tetapi ia telah dimansuhkan. Kini, ada angin kuat mengatakan bahawa sekolah aliran vokasional akan diwujudkan semula.

Pada pendapat aku, baguslah kalau sekolah aliran vokasional ini diwujudkan semula kerana tidak semua pelajar mahu menjadi doktor, lawyer, guru dan lain-lain pekerjaan profesional. Kalau semua nak jadi golongan pekerja yang dinyatakan tadi, jadi siapa yang bakal bekerja sebagai tenaga mahir dalam sektor teknikal seperti mekanik, tukang mahir dan lain-lain pekerjaan melibatkan kemahiran teknikal.





Oleh yang demikian, kerajaan memang patut mewujudkan kembali sekolah aliran vokasional kerana ianya memang memberikan manfaat kepada perkembangan tenaga kerja mahir di masa hadapan.

Satu lagi, kita memang tak boleh paksa pelajar untuk belajar sesuatu yang mereka tidak gemar, berilah dia peluang untuk belajar tentang apa yang mereka cenderung.

6 comments:

  1. stuju sangat, pelajar tanpa skills ibarat macam tin kosong

    ReplyDelete
  2. nisa : Betul tu..

    apisv2 : Ya betul..

    ReplyDelete
  3. teknik vokasional yg ada sekarang, dengan sekolah vokasional lain ye?

    ReplyDelete
  4. Betul.Sokong sangat.Semua orang nak anak-anak jadi doktor.Ingat *grand* la kan.Kalau jadi mekanik F1 pun kira *grand* gak kan?hoho

    ReplyDelete
  5. Cik Nin : Dulu vokasional dan teknik lain.. Lain-lain entiti..

    airanez : betul.. betul.. betul.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...