Wednesday, January 5, 2011

HARGA PETROL NAIK LAGI

Gambar : Makcik Google

Nampaknya mulai 5 Januari 2011 harga petrol naik lagi. Tetapi ia hanya melibatkan petrol RON 97. Satu lagi bahan api yang naik ialah minyak tanah. Masing-masing menunjukan peningkatan sebanyak RM 0.10 sen di mana menjadikan harga petrol RON 97 berharga RM 2.40 seliter dan minyak tanah berharga RM 2.50 seliter.

Yang baiknya harga petrol RON 95 tidak naik. Kalau naik lagi, nampaknya pergi kerja pakai basikallah gamaknya. Di sini dapat dilihat sedikit keprihatinan kerajaan kerana tidak menaikkan harga petrol RON 95. Kebiasaanya petrol RON 97 digunakan oleh "orang-orang kaya" yang berkenderaan mewah dan juga kereta-kereta negara luar yang masuk ke Malaysia. Jadinya bagi yang menggunakan petrol RON 95 jelaslah masih tidak terjejas dengan kenaikkan ini.





Yang menjadi tanda tanya bagi aku ialah benarkah kenderaan luar menggunakan petrol RON 97 apabila membeli minyak di Malaysia? Baru-baru ini aku ternampak sebuah kenderaan pernombor pendaftaran Singapura telah mengisi minyak dengan menggunakan petrol RON 95. Apa sudah jadi? Di manakah sistem pemantauan tentang kaedah mengisi minyak ini dilakukan? Subsidi rakyat Malaysia diberikan kepada orang asing yang sememang tidak berhak menerima subsidi tersebut. Pengusaha stesyen minyak seharusnya lebih peka, jangan hanya ingat mahu mengaup keuntungan sahaja sehingga membenarkan warga asing mengisi minyak petrol RON 95.

Erm.. Cakap banyak pun tak guna. Harga telahpun dinaikan. Jadinya, kalau sesiapa yang tak berapa mampu tu, gunakan petrol RON 95. Kalau rasa dirinya mampu gunalah petrol RON 97.

Sumber : Berita Harian Online

8 comments:

  1. orang asing yang guna 95, pengusaha stesen minyak tu tak peka la....asal ada pelanggan sudahhh....hmm
    sib baik 95 tak naik, kalau tak merangkak aku

    ReplyDelete
  2. harga dah naik le..
    alternatif lain jalan kaki la pasni ;D

    ReplyDelete
  3. Amry : aku nak naik basikal je. Ko siap nak merangkak lagii. Lagi parah.. :)

    Syahril : Jalan kaki sihatkan badan.. kalau tempat kerja dekat leh la jalan kaki.. :)

    Ieda : Aah.. Nak beli basikal.. Asyik kayuh basikal dalam gym je.. :)

    ReplyDelete
  4. fairusmamat: kan bagus klu tangga umah sebelah tangga offc je..x yah susah nak bwk keta ..x yah nak isi minyak bagai..heh3...

    ReplyDelete
  5. azzey : suruh la bos awak buat ofis kat sebelah rumah awak..

    ReplyDelete
  6. terkenang kenangan dulu... Minyak naik rakyat msia pakat kuar reramai isi minyak penuh2 smpai jalan sesak gila. rakyat indonesia pakat kuar reramai membantah karajaan mereka!

    bagusnya rakyat msia! buat apa pun kita mesti sokong punya kan?

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.