Monday, January 10, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU ATAU JUARA PERSEMBAHAN?

Tengok tak Anugerah Juara Lagu Ke 25 (AJL25) malam tadi? Artis-artis yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Nyanyian yang hebat, persembahan pun hebat-hebat juga.

Namun apa yang menjadi masalah kepada aku ialah, ini juara lagu ke atau juara persembahan? Macam-macam persembahan yang terlalu berat hingga nampak sarat mata memandang. Ada yang dengan silap matanya, ada yang terbang, ada yang berlakon, berpuisi dan macam-macam lagilah sampai tak tahu nak dengar nyanyian ke atau nak lihat persembahan.





Bukan tahun ni saja, tahun-tahun yang lepas juga sama sahaja. Aku rasa lebih baik TV3 memansuhkan kategori persembahan terbaik kerana kebanyakan mereka lebih terfokus kepada persembahan berbanding nyanyian. Adalah lebih baik anugerah seperti ini menitikberatkan nyanyian, lagu dan bukannya persembahan. Kalau nak buat persembahan, elok dilakukan pada konsert sendiri.

6 comments:

  1. sangat sangat setuju dengan pendapat anda. Huhu, semua pasang gimik, dahlah hampir serupa, bosan giler.

    ReplyDelete
  2. Cokelat : Betul tu.. Macam tengok aksi silap mata la pulak..

    ReplyDelete
  3. Setuju bro.Semua sibuk dengan persembahan.Walaupun suka dengan props diorang,tapi tak best la kalau suara tenggelam timbul masa nyanyi.kot ye nak buat persembahan terbaik,nyanyi kasi clear la kan.huhu

    ReplyDelete
  4. AIRANIEZ : BETUL TU.. PERSEMBAHAN JE LEBIH.. NYANYIAN???

    ReplyDelete
  5. fairusmamat: saya tgk masa diumumkan keputusan je....:)

    ReplyDelete
  6. azzey : saya pon bukan nak tengok sangat. Nak tengok bola, tetapi apakan daya, org umah nak tengok AJL.. :(

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...