Thursday, December 30, 2010

WE ARE THE CHAMPIONS


Tahniah Malaysia... Aku bangga jadi anak Malaysia. Malaysia tanah tumpah airku.

Syabas diucapkan kepada semua pemain Malaysia yang telah berhempas pulas bermain dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan piala Suzuki AFF akhirnya milik Malaysia buat pertama kali.

Percaturan Rajagopal yang mengetengahkan barisan pemain-pemain muda adalah amat dikagumi. Mereka dilihat lebih bertenaga, pantas dan mantap. Tidak rugi rasanya apabila menghantar mereka mengikuti liga bola sepak di Slovakia dan terbukti mereka banyak belajar. Apalah sangat harga bagi menghantar mereka ke luar negeri sedangkan mereka berjaya mengharumkan nama negara ke segenap ASIAN malahan juga dunia dan yang penting kita semua rasa bangga ke atas kemenangan ini.





Disamping itu, kemenangan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada semangat cintakan negara. Kita puas di provokasi, dihina dan kotak-katikan oleh penyokong Indonesia, namun kita tetap berdiri teguh, menyokong dan sama-sama menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi.

Akhir kalam, besarlah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat prestasi seperti ini dapat dikekalkan dan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kita tidak boleh berundur lagi, ayuh terus ke hadapan wahai wira Malaysia.

6 comments:

  1. fairusmamat: dah terbukti yg kita mmg CHAMPION!

    ReplyDelete
  2. azzey : Yeahh.. akhirnya piala tu dirangkul oleh Malaysia.. Yahoo..

    ReplyDelete
  3. Salwa : Ye boleh.. Malaysia memang boleh.

    ReplyDelete
  4. SYABAS PASUKAN MALAYSIA...BANGGA BETUL AKU. AKHIRNYA INDONESIA TERPAKSA MENERIMA KEKALAHAN MEREKA SETELAH KATA-KATA KESAT DILEMPARKAN KEPADA PASUKAN MALAYSIA.MALAYSIA BOLEH!!

    ReplyDelete
  5. Betul tu amry.. Diorang banyak cakap saje...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.