Monday, December 27, 2010

PERNIAGAAN CEPAT KAYA ATAU CEPAT MISKIN

Sekarang ni macam-macam bentuk perniagaan yang dilihat mahu mempercepatkan ahli-ahlinya cepat kaya. Tak kiralah MLM, Business Network, Wang Pos, Sistem Kutu, Pak Man Telo, Skim Cepat Kaya dan sebagainya. Tapi, betulkah boleh cepat kaya? Kata orang kalau betul menjadi memang kayalah, tapi yang tak menjadi, sah-sah menjadi kayap.





Aku sendiri berpengalaman dalam skim-skim atau perniagaan-perniagaan macam ni. Dah lali. Kadang-kadang memang nak sangat join, tapi kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Mampukah kita menjadi seperti mereka yang menayangkan kereta dan rumah besar? Mampukah kita untuk keluar tiap-tiap malam untuk mencari prospek? Sampai bila nak jadi macam tu? Pencen muda? Gunung kalau ditarahpun akan jadi jadi rata.

Ingat, tiada kerja yang mudah. Kalau betul-betul nak cepat kaya, sebenarnya tugasnya juga amatlah berat. Bukan kita join dan duduk diam sahaja. Memang tak menjadilah jawabnya. Kesian aku tengok pada yang join benda macam ni yang membuat keputusan untuk berhenti kerja (sama ada memang kaya ataupun mahu menunjukan dia boleh survive dengan perniagaan seperti ni), last-last terpaksa mencari kerja semula akibat benda yang diceburi tu telungkup ataupun tak menerima income lagi.

Nak masuk perniagaan yang macam ini modalnya sudah tentu besar dan sememangnya memerlukan kita mencari orang bawah (downline), supaya kita juga menerima komisen apabila dia join. Kalau downline kita mati kat situ saja, kita pun matilah sama. Kaya sekejab sajalah jawabnya.
Nasihat aku sebagai pemerhati dalam bidang ini :

1. Kalau tak ramai kenalan, jangan join.

2. Kalau tak mampu tidur hingga lewat malam, jangan join.

3. Kalau tak berani tanggung risiko, jangan join.

4. Kalau takde duit, jangan join.

5. Kalau tak pandai bercakap atau malu, jangan join.

6. Kalau selalu tak ada masa, jangan join.

Dan satu lagi nasihat, kalau ada duit lebih tu, apa kata ceburi perniagaan yang kita "nampak", seperti buka kedai runcit ke, car wash ke, kedai membaiki motorsikal ke, kedai makan ke, dan apa-apa perniagaan yang "nampak" lagi.

Ps : Bukan semua perniagaan terlibat seperti dinyatakan di atas.

8 comments:

  1. setuju dgn post bro..MLM bukan untuk semua org..hanya untuk yg komited saja. klu join mcm budak2 kampus join, kesian pulak aku tgk.

    ReplyDelete
  2. Kelhome : TQ kerana setuju dengan entry aku..

    ReplyDelete
  3. aku setuju gak bro. aku pon antara orang-orang ni gak dulu. nak cepat kaya, tapi tak kaya pon. memang ada yang berjaya dengan bis macam ni. tapi kebanyakan mereka adalah antara orang terawal join biz tu. so mudah ah bagi mereka. diorang dah ada kereta besau boleh la cakap buat tebal muka jer cari orang, nak tebal macam mana, cerita ribu riban, tapi bawa kapcai. tak salah kalau nak join, tapi macam bro cakap la, ukur baju dibadan sendiri.kalau ada setitik rasa nak ubah hidup demi kuaga, silakan. kadang bro, azam yang kuat boleh merubah segala. so dalam konteks ni, aku tak la pangkah 100% MLM ni. tapi tak juga sokong. pendapat masing-masing. tul tak

    ReplyDelete
  4. lagi satu bro..tumpang entry la jap erk. kalau nak join mana2 biz atau pelaburan. cek la dulu latar belakang syarikat tu. agak-agak pelik atau pulangan yang terlalu cepat, better jangan. kang tak pasal-pasal jerk!aku pernah kena. pernah dengar buluh mas?pergh!!!sakit hati bro. 3.6k burn!!padan muka aku.

    ReplyDelete
  5. fairusmamat: bkn sng nak senang kannnn....

    ReplyDelete
  6. Amry : betul tu. Aku pon pernah kena tipu juga.. Ribu2 juga lah.. Sekarang yang boleh dipercayai sahaja yang aku join.. Hanya satu.. hehe HPA.. Mai secawan..

    Azzey : Ya, memang bukan senang nak senang azzey ooii..

    ReplyDelete
  7. Kita sendiri yang bertindak, sampai bila makan gaji, sampai bila buka car wash???
    bergantung pada platform MLM yang di ceburi. kita ada pemikiran positif, kita ada tindakan positif, kejayaan yang positif dpt d kecapi. MLM= Membantu Lebih Menjayakan,...

    ReplyDelete
  8. SAID : LAIN ORANG LAIN PEMIKIRANNYA...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...