Wednesday, December 22, 2010

KE MANA PERGINYA WARIS KESULTANAN MELAYU MELAKA

Agak begitu pelik sekiranya Kesultanan Melayu Melaka yang dahulunya gah dengan empayarnya yang tersendiri tidak lagi mempunyai sultan. Jika kita selidiki sejarah Melayu iaitu Sulalatus Salatin, kita dapat membaca tentang betapa hebatnya Melaka sehinggakan seluruh negeri (Semenanjung Tanah Melayu) termasuk sebahagian di Indonesia merupakan Kerajaan Melaka.

Di sini aku ingin huraikan kemana perginya waris Kesultanan Melaka setelah membuat pembacaan dari kertas kerja Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali bertajuk Raja dan Kerajaan : Tinjauan Ringkas Perspektif Sejarah yang telah beliau sampaikan dalam semasa Seminar Keris : Warisan Bangsa Melayu di Shah Alam baru-baru ini.

Mengikut Sulalatus Salatin, kerajaan Melaka telah diasaskan oleh Raja Iskandar Shah iaitu Raja Singapura yang telah berundur ke Melaka dan telah mengasaskan kerajaan Melaka pada tahun 1262. Kerajaan Melaka telah berkembang pesat pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riaayat Shah.

Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah, putera baginda, Sultan Muhammad telah dihantar ke Pahang untuk menduduki takhta kerajaan Pahang. Kemudiannya, ketika pemerintahan Sultan Ahmad (putera Sultan Mahmud) angkatan Portugis telah menyerang dan menduduki Melaka pada tahun 1511. Sultan Ahmad dan ayahandanya, Sultan Mahmud telah berundur hingga akhirnya mendirikan kerajaan Melaka di Bintan. Apabila Sultan Ahmad mangkat di Bintan, teraju pemerintahan disandang kembali oleh Sultan Mahmud.

Gambaran Istana zaman Kesultanan Melayu Melaka


Pada tahun 1526, pusat kerajaan Melaka di Bintan telah dikalahkan oleh Portugis. Kota Kara dan Kota Kopak telah dimusnahkan lalu sultan Mahmud berundur ke Kampar. Dengan itu pusat kerajaan Melaka kini adalah di Kampar.

Pada tahun 1528, sultan keturunan Melaka masih memerintah Pahang. Setelah sultan Mahmud mangkat, putera baginda, Raja Ali telah dilantik sebagai penganti. Baginda bergerak ke Pahang dan seterusnya ke Johor dan mengasaskan kerajaan Johor pada tahun 1528. Raja Ali bergelar Sultan Alauddin Riaayat Shah. Manakala kekanda baginda, Raja Muzaffar dibawa oleh Tun Shaban ke Tanah Abang, Perak dan ditabalkan sebagai Raja Perak bergelar Sultan Muzaffar Shah.

Kerajaan Johor yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riaayat Shah mencapai kemuncak ketika pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III. Ketika dalam pemerintahan baginda, Pahang menjadi sebahagian daripada kerajaan Johor dan Pahang tidak lagi mempunyai sultan yang memerintah negeri lagi kerana Sultan Abdul Jalil Shah merupakan sultan bagi Johor dan Pahang.

Kerajaan Johor kemudiannya mengalami kemerosotan dan membawa kemunculan kerajaan Melayu baru yang terdapat sehingga kini.

Dalam pemahaman aku melalui keterangan yang diberikan jelaslah menyatakan keturunan kesultanan Melaka telah tersebar ke Perak, Pahang dan Johor. Namun mengikut ahli sejarah, keturunan kesultanan Melayu Melaka yang benar-benar adalah di Perak. Jadinya, tidak hairanlah bahawa Keris Taming Sari sekarang berada di Istana Sultan Perak. Wallahuaklam.

Kesimpulan yang boleh aku buat ialah, kesultanan Melayu Melaka tidak pernah mati walaupun Melaka tidak bersultan, kerana pewaris-pewarisnya tetap ada memerintah negeri-negeri yang dahulunya adalah empayar kerajaan Melaka juga.

13 comments:

  1. oo orang PERZIM ye.. salam kenal

    ReplyDelete
  2. fairusmamat: yelah agaknyer sapelah waris2 tu kannnn....

    ReplyDelete
  3. azzey : siapa lagi kalau bukan aku.. Hahahah

    ReplyDelete
  4. ehhh...bru tau keris taming sari 2 de lg...btul ke??

    ReplyDelete
  5. Ppppssstt.. Sultan Perak punya tu..Kau nak tengok taming sari, ada aku post kat entry. Check it out..

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya bila disebut Melaka zaman dahulu eloklah dirujuk Sulalatus Salatin. Bila sebut Melaka zaman dahulu, jangan sangka seperti Melaka sekarang. Dulu Melaka termasuklah Johor, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Singapura dan sebahagian Pulau Sumatera. Melaka zaman dahulu sangat luas. Walaupun Melaka diserang Portugis tetapi Melaka tetap wujud. Sila tuan-tuan cari di interenet pun boleh jumpa banyak peta lama Melaka yang dilukis oleh Portugis atau Belanda dan Ingeris menunjukkan Melaka merangkumi seluruh tanah semenanjung.

    ReplyDelete
  7. er, Sultan Mahmud berundur dan mangkat di KAMPAR, SUMATERA bukan di Kampar, Perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU.. SAYA TERSILAP.. NANTI SAYA UBAH.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Saya tahu dimana waris2 keturunan raja melaka sekarang,Cuba kau Google perkataan ni "sultan Muhammad Ali sultan melaka" ada site disitu dimana mereka memberitahu kt mna waris2 keturunan raja Melaka skrng

    ReplyDelete
  10. Sya thu kt mna waris2 keturunan raja Melaka,cuba kau search perkataan ni kt Google "tengku Muhammad Ali sultan Melaka" Ada site kt situ "waris kesultanan melaka,johor-riau dan siak di Negara Brunei Darussalam"

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...