Friday, November 19, 2010

BERHATI-HATI SEMASA KELUARKAN DUIT DARI MESIN ATM

Apabila duit gaji sudah masuk, pasti ramai ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit gaji mereka. Disamping berhati-hati dari aspek keselamatan, terdapat satu lagi aspek berhati-hati yang perlu ditekankan.

Aspek berhati-hati yang dimaksudkan ialah berhati-hati dengan bilangan duit yang dikeluarkan. Ada kalanya kita alpa, duit yang dikeluarkan terus dimasukkan ke dalam beg duit tanpa mengira jumlahnya terlebih dahulu.





Sebenarnya ada kejadian mesin ATM mengeluarkan jumlah duit kurang dari jumlah yang sepatutnya. Perkara ini pernah berlaku pada seorang teman isteri saya baru-baru ini dan untuk mendapatkan semula duit tersebut di bank merupakan kerja yang amat sulit dengan pelbagai prosedur.

Moral dari kisah ini : Kira dulu duit yang dikeluarkan dari mesin ATM kerana tidak semua mesin berfungsi dengan sempurna, ada kala ianya rosak dan perlu dibaiki. Manusia pun kadangkala silap kira, inikan pula mesin.

5 comments:

  1. emm...tu la psl..sy pn pernah kena..kira2 duit x ckup..so untuk yg lain tu beware..

    ReplyDelete
  2. kalo tak cukup takpe leh claim balk kat bank.. as long as kite ade resit..

    kadang2 habit kite taknak amik resit tu yang silap.. so amik2 lah resit slalu n jgn buang rata2

    ReplyDelete
  3. huhu..ade gak yer kes camni..bahaya bahaya..

    ReplyDelete
  4. Aqilah : Ya betul. Kena berhati2 dan teliti.

    Mizi : Betul tu, resit juga penting. Ambil resit dan simpan dulu untuk bukti kalau duit yang dikeluarkan tidak cukup. Kalau lebih takpe. :)

    D_la : Ada, apa takde pulak.

    ReplyDelete
  5. oho...kna ati2 jgk ni..
    p/s tnya cmne nk ltk iklan di tngah2 post ek..=p

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...