Friday, October 8, 2010

UPIN IPIN LAMBANG PERSAUDARAAN MALAYSIA INDONESIA

Sekarang aku leka mengkaji status hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang sedikit terganggu akibat beberapa faktor. Antara yang aku kaji ialah tentang penerimaan cerita Upin Ipin yang sedang hebat dipertontonkan di Indonesia. Dari pemerhatian yang aku dapat, cerita Upin dan Ipin ini sememangnya diterima oleh kebanyakan warga Indonesia tak kira usia tua atau yang muda. Tetapi ada juga yang mengkritik dengan menyatakan animasi mereka lebih hebat dari animasi Malaysia. Walaupun ada yang mengkritik tetapi ada juga memuji dan mengkritik semula para pengkritik yang mengkritik cerita Upin dan Ipin.

Kini, kumpulan Padi pula menjadi pemuzik yang menyanyikan lagu rasmi Upin Ipin menjadikan cerita tersebut semakin diterima di Indonesia. Lirik-lirik lagunya pula banyak menceritakan tentang persahabatan dan hubungan baik. Ini memberikan pengajaran supaya rakyat di kedua-dua belah negara mestilah saling bersahabat, bersangka baik dan menghormati berbezaan.

Sebenarnya bagi kita di Malaysia ini memang tidak apa-apa cuba di Indonesia tu, cukuplah , hentikanlah membuat demonstrasi menentang Malaysia, janganlah bakar bendera Malaysia, janganlah dilempar najis di kedutaan Malaysia, janganlah dicemuh Upin Ipin lagi.






2 comments:

  1. Salam,

    Bercakap mengenai perpaduan diantara dua negara serumpun, yang memainkan peranan adalah media. Media di Indonesia sangat agresif menuduh kerajaan Malaysia sebagai sesuatu punca terhadap perbalahan tersebut. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu mengikut rentak tari mereka dan berdemostrasi bukanlah budaya rakyat Malaysia yang harmoni.

    Jika dilihat siapa dalang disebalik media Indonesia, kita akan mengetahui apakah agenda media mereka. Hendak meruntuhkan hubungan sebangsa,seagama dan serantau dikalangan masyarakat melayu nusantara. Kita boleh lihat pada laporan KOMPAS semalam (7 Okt 2010)bertajuk "Kapal Marin Malaysia yang berlanggar dengan bot nelayan Indonesia telah dituduh oleh media Indonesia melanggar dengan sengaja hingga hancur bot nelayan tersebut" http://regional.kompas.com/read/2010/10/07/03163363/Hancur..Kapal.Nelayan.Ditabrak.Malaysia

    Sebagai rakyat Malaysia, kita berharap dan berdoa agar pemimpin kedua-dua negara mengambil langkah sewajarnya bagi menyekat berita2 yang memburukkan dengan menambah perisa yang tak sepatutnya bagi menjamin kesejahteraan diantara negara serumpun sebangsa. Diharap cerita Upin dan Ipin tidak dihentikan siarannya di Indonesia untuk menunjukkan kita tidak pernah berasa iri hati dengan mereka.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...