Wednesday, September 29, 2010

PENGALAMAN MANIS BERSAMA INNIT NUFFNANG

Aku ni sebenarnya baru sahaja berjinak-jinak dengan blog ni, dan baru bulan lepas aku join Nuffnang. Aku bukan pro pun dengan blog kerana masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. aku tengok blog-blog orang lain, hebat-hebat. Macam-macam fungsi ada pada blog mereka. Tapi tak apalah, aku belajar perlahan-lahan.

Apa yang aku nak kongsikan ni ialah pasal INNIT NUFFNANG. Benda ni pun baru saja aku berjinak-jinak. Biasanya blog aku hanya dikunjungi kurang 10 orang setiap hari. Aku hanya promote pada FACEBOOK saja. Biasanya aku akan buat posting sekurang-kurangnya 3 topik setiap hari tapi tetap tidak ramai pengunjung. Tapi semalam ada satu tajuk yang aku poskan di INNIT NUFFNANG, sampai sekarang pengunjung di blog aku tidak henti-henti walaupun aku tidak membuat sebarang posting hari ini (walaupun tanpa henti, tapi taklah ramai sangat berbanding pro blogger yang lain).

Terima kasihlah kepada INNIT NUFFNANG kerana menjadi medium baru untuk aku mempromosikan blog aku. Kepada yang membaca, terima kasih juga aku ucapkan. SELAMAT BERKONGSI IDEA DAN PENDAPAT.







2 comments:

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...