Friday, September 17, 2010

MEROKOK TAK MACHO BRO


Aku nak tujukan pesanan ini kepada anak-anak sedara aku yang aku kasihi.

Berhentilah merokok wahai anak-anak buahku sebelum terlewat, pakcik kau ni memang dah merokok sejak zaman sekolah menengah lagi, sampai sekarang susah mahu berhenti. Sudah puas pakcik cuba tak boleh-boleh juga. Kalau kau semua mahu cuba hisap rokok, tolonglah jangan simpan niat itu. Tak payah. Takde faedah pun.

Pakcik banyak kali cuba berhenti merokok, paling lama tiga minggu tidak hisap rokok, jumpa member-member hisap semula. Peh, punyalah susah. Siap beli ubat nak berhenti merokok di farmasi lagi, mahal tau ubat tu, pun tak jalan juga. Bulan puasa lagi lah, bukan tak boleh berhenti, lagi ditunggu-tunggukan waktu berbuka untuk menikmati rokok. Bodoh betul lah...

Sekarang dah ingat merokok membahayakan kesihatan, merokok merugikan. Duit banyak keluar kau orang tahu tak? Jadi, berhentilah merokok dari sekarang atau jangan cuba-cuba menghisap rokok. Tak macho pun, perempuan pun tak suka lelaki hisap rokok. Nasib baiklah makcik kau tu suka kat pakcik. Dia pun dah naik malas nak nasihatkan pakcik, apa taknya, pakcik sendiri kata nak berhenti merokok dan pakcik sendiri tidak boleh berhenti.

Jadi, jangan cuba-cuba merokok dan berhentilah merokok. KATAKAN TIDAK kepada merokok. Pakcik pula, kau orang jangan risau, pakcik akan sedaya upaya cuba berhenti merokok. Bila? Bila kau orang tengok pakcik dah tak merokok...


Pesanan untuk :

Syazani
Syahmi Akmal
Syahdad
Syakir
Azfar
Asyraf
Ammar
Akmal
Amzar
Danial
Irsyaduddin
Nizarruddin
Aidilnuruddin
Danish

Dan tak lupa pada anak aku, Fahim. Ayah nampak kau hisap rokok, ayah ikat kau kat pokok.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!



6 comments:

  1. yg laki je..?yg pompuan pn kna tulis gak..lagi bahaya

    ReplyDelete
  2. Yang pompuan pakcik yakin dia tak merokok..

    ReplyDelete
  3. Siapa yang nak cuba kaedah semula jadi untuk berhenti merokok boleh layari http://jomhenti.webs.com/

    ianya mudah, selamat dan berkesan. Terbukti berkesan!

    ReplyDelete
  4. Assalamualikum,nme sy rizuan....dok kat puchong umo 16...sy nak kongsi skit psal berhenti merokok nie...sy dulu hisap rokok mse umo 13,then itu sbb pengaruh kawan,asalnye terikut ayah,tpi ayah sy dh berhenti mse thun 2003,sy merokok memang kuat boleh dikatakan setiap hari kalau xdpat rokok rse x sempurna je..then,satu hari tu sy xberapa sihat then pegi ke klinik..dokter ckp saya kena tonsil,tonsil ini dia akan membengkak jika kimia toksik terlalu banyak dalam badan,then masa tu dokter tu pesan bahaya jika kimia terlalu bnyak dalam badan...then sy mse tu pon dh berasa cemas,then buat keputusan untk berhenti merokok secara tiba2...alhamdullilah,sy dpqt berhenti,dan sy terkejut slpas berhenti merokok,badan sy yg dulu kurus akhirnya berisi,then perubahan wajah mke,dulu mke sy slalu berminyak dan cepat kering,akhirnya wajah saya okay...then simptom2 berhenti nie ada la gak,cm batuk2,dada rasa cm ditekan mse baring,then rse cm lemah2 jew..tpi sy dh nekad,jika ayah sy boleh berhenti ap kan plak sy,ayh sy dulu lagi tegar berbanding sy,then synak berpesan la pda rakan diluar sne yg sbaya dgn sy berhenti la merokok,jgn bazorkan nyawa dgn merokok,lbih elok selawat dgn zikir mengingati yg diatas...merokok itu pembaziran yg sia2,mlah mengundang maut kelah,k assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAHNIAH KERANA BERHENTI MEROKOK.. :)

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...