Friday, September 24, 2010

CARA MATI BUKAN KERANA CARA HIDUP

Pada masa sekarang, ada segelintir masyarakat yang gemar membuat andaian atau tuduhan sendiri berkaitan cara kematian seseorang ada kaitannya dengan cara hidup orang tersebut. Maksudnya, seseorang yang banyak berbuat dosa akan mati dalam keadaan yang dahsyat atau dalam keadaan yang mengaibkan. Bolehkah kita berfikiran sedemikian? Sedangkan ada pepatah Mat Saleh menyatakan "Dont Judge The Book From Its Cover".


Kalau diikutkan dengan pengalaman aku sendiri dan keadaan semasa di dalam negara sekarang, memang kita boleh nafikan bahawa kematian seseorang tidak melambangkan cara hidup atau dosa orang tersebut. Kita tidak boleh membuat tuduhan melulu. Kita tidak boleh menghukum seseorang yang kita sendiri tidak tahu latar belakangnya. Bukankah tuduhan palsu itu merupakan satu fitnah?


Kalau betullah cara kematian seseorang melambangkan cara kehidupannya di dunia, apa maksud bagi seseorang yang mati kerana kemalangan?, apa maksud bagi seseorang yang mati kerana lemas?, apa maksud bagi orang yang mati kerana sakit?, apa maksud bagi orang yang mati secara mengejut? dan lain-lain cara mati lagi?


Dahulu masa aku masih bersekolah, ada dua orang ustaz yang pernah mengajar aku mati walaupun masih berusia muda. Seorang mati lemas dan seorang lagi mati kemalangan. Adakah kita mahu membuat andaian yang buruk kepada dua orang ustaz tersebut dengan cara kematiannya? Sedangkan mereka berdua begitu baik dan alim sehinggakan kita akan berasa senang melihat raut wajah mereka.


Sekiranya kita hendak membuat andaian sekalipun, haruslah membuat andaian yang baik untuk si mati. Dia dah matipun, apa lagi nak diungkitkan. Kalau ada alim ulama yang mati ketika membaca khutbah, yang itulah yang harus kita perkatakan. Yang itulah yang harus kita gembar gemburkan. Katakanlah bahawa dia mati dalam keadaan baik. Katakanlah dia mati dalam iman.


Akhir kalam, berkata dan bersangka baiklah sesama masyarakat supaya apa yang dilakukan semuanya baik, tiada apa yang lebih baik selain baik-baik belaka. Sekiranya ia salah, tegurlah dengan baik juga.



No comments:

Post a Comment

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...