Monday, September 20, 2010

AIDILFITRI BERSAMA CHITTI

Pada 18 September 2010, Perbadanan Muzium Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Muzium Chitti di Gajah Berang, Melaka. Dalam banyak-banyak muzium yang ada di Melaka kenapa perlu majlis tersebut diadakan di Muzium Chitti? Di mana lokasi tersebut terletak di kawasan kediaman warga Chitti.


Salah ke kita buat satu kelainan? Salah ke kita sama-sama meraikan hari raya bersama kaum lain? Tentunya tidak bukan. Kita di Malaysia ini adalah berbilang kaum dan saling hormat menghormati. Justeru itu, janganlah ada antara kita saling tidak berpuas hati dengan apa yang telah lakukan (kalau adalah). Bukankah kita sekarang berada dalam satu gagasan yang dipanggil 1 Malaysia.


Tertarik sungguh aku dengan kepelbagaian kaum di negeri Melaka ini. Ada Chitti, Baba Nyonya, Portugis dan lain-lain lagi. Masyarakat Chitti di Melaka merupakan masyarakat minoriti, yang seronok dilihat, mereka ini ada mengamalkan budaya masyarakat Melayu dalam kehidupan mereka. Lihat sajalah cara pakaian wanita Chitti, mereka gemar memakai pakaian Baju Kebaya Pendek dan Kain Batik. Malah mereka pandai bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik, sehinggakan ada antara mereka hanya pandai bertutur dalam Bahasa Melayu dan tidak tahu berbahasa Tamil.


Kaum Chitti juga amat pandai berpantun Melayu. Lihat sahajalah ke mana-mana majlis masyarakat Chitti, pada ucapan mereka pastinya akan diselitkan pantun-pantun Melayu yang indah lagi puitis. Mereka juga boleh menyanyikan lagu warisan negeri Melaka iaitu lagu Dongdang Sayang. Sungguh indah bait-bait pantun Lagu Dongdang Sayang yang dinyanyikan.


Ada suatu yang menarik perhatian aku ialah kesopanan masyarakat Chitti di mana aku sendiri yang mengalami pengalaman ini. Nak diceritakan, ada seorang pemuda Chitti (aku tak kenal dia, dan dia mungkin tak kenal aku) yang mahu berlalu di hadapan aku, aku berasa terpegun melihat apabila dia menghulurkan tangan dan membongkok sedikit apabila mahu berlalu dihadapan aku. Sopan sungguh, anak siapalah ini... Adakah kita yang Melayu ini masih punyai santun seperti ini?


Akhir kalam, Melayu adalah Melayu, Chitti adalah Chitti. Kita duduk dalam satu masyarakat majmuk, perlu ada sikap dan sifat hormat menghormati (respect).



4 comments:

  1. Tahniah Fairus dah ada blog sendiri. Aku la nie dlm pembikinan blog sendiri atas arahan bos. Cuma nak beri pendangan pasal sambutan Hari Raya di Muzium Chetti, memang betul apa yg ko cakapkan tu,"Salah ke kita buat satu kelainan? Salah ke kita sama-sama meraikan hari raya bersama kaum lain? Tentunya tidak bukan."
    Memang tak salah cuma tak kena gaya, sbb sambutan hari raya adalah sambutan keagamaan dalam Islam spt sambutan krismas bg kristian, deepavali bg hindu. Wajar ke sambutan hari kebesaran Islam diadakan di kws org beragama Hindu walaupun mengamalkan cara hidup org Melayu. Memang kita boleh meraikan hari raya bersama org beragama lain tp bukan ditempat mereka.Cuba ambil cth diadakan sambutan Hari Ponggal di Muzium Al-Quran. Aneh bukan,cuma kita menganggap tak salah sambut hari raya di muzium Chetti. Mungkin ramai yg tidak faham lagi apa maksud 1M'sia dan beranggapan semuanya boleh dilakukan atas alasan 1M'sia. Cuma nak diingatkan 1M'sia bukannya 1 Agama...
    Walaupun perkara ini sudahh terlaksana,cuma dipohon perkara ini tidak berulang lagi atas dasar 1 M'sia.
    Cuma beri pandangan atas seorg insan yang bergelar muslim

    ReplyDelete
  2. Kita buat sambutan Hari Raya di situ bukan dasar agama, tapi budaya. Kita tidak melakukan ibadah kita di tempat tersebut. Kita hanya datang dan makan. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  3. chiti nii agama hindu ke??tp pengaruh budaya melayu ek??

    ReplyDelete
  4. ANON : YE.. MEREKA BERAGAMA HINDU.. PASAL BUDAYA TU, MEREKA STILL AMALKAN BUDAYA HINDU, MUNGKIN SEBAB MEREKA DAHULU BANYAK BERGAUL DENGAN ORANG MELAYU, JADINYA MEREKA JTERBIASA DENGAN SEDIKIT SEBANYAK BUDAYA MELAYU..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...