Tuesday, April 7, 2009

LIMA DALAM GENGGAMAN

Satu...
Ucaplah Kalimah Laillahaillallah Muhammadurrasullullah
Nescaya Hidup Pasti Islam
Dosa Dan Pahala Sahaja
Yang Menentukan
Arah Syurga Atau Neraka
Allah Kita Sembah
Muhammad Kita Sanjung
Tunduklah Pada Perintah Allah
Ikutilah Sunnah Muhammad Rasul Allah
Agar Hidup Berterang Iman

Dua...
Solat Yang Lima Jangan Dilupa
Jangan Diabai
Jangan Dileka
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak Yang Wajib
Jangan Diabai
Jangan Dileka
Agar Diri Sentiasa Bersih
Ibarat Mandi Lima Kali Dalam Satu Hari
Yang Sunat Juga Elok Dilaku
Demi Mengukuh Islam Sejati
Demi Membelai Iman Di Hati

Tiga...
Berpuasalah Wahai Umat
Tahan Lapar Dan Dahaga
Di Bulan Ramadhan Bulan Mulia
Bulan Penghulu Segala Bulan
Tahan Nafsu Tahan Gelora
Syaitan dibelenggu Tiada Daya
Amal Ibadat Lebihkan Bulan Mulia

Empat...
Jangan Dilokek Poket Yang Ada
Zakat Jariah Jangan Dilupa
Ingat!
Si Miskin Juga Mahu Terus Hidup Macam Kita
Si Miskin Juga Mahu Terus Bahagia Macam Kita
Jariah Untuk Kebaikan Semua

Lima...
Tunaikan Kewajipan Ke Tanah Haram
Al-Mukaramah Tanah Suci Mekah
Ada Daya Ada Harta
Terbanglah Menuju Ke Bumi Bertuah
Tanah Lahir Nabi Allah
Tanah Lahir Rasul Allah
Tanah Tempat Berkumpul Dunia Islam

Lima Dalam Genggaman
Beza Islam Dan Latnatullah

F.B. Mamat
4 November 2008 (10.35 Pagi)
Bandar Hilir, Melaka



No comments:

Post a Comment

Komen saja... Jangan segan-segan.